Monday, May 30, 2011

Manusia dan Agama

 Alhamdulillah..

Syukur yg tidak terhingga kepada Allah SWT yang tidak pernah lupa memelihara dan menjaga kita. Berbagai  macam nikmat yang Dia berikan kepada kita dan jika kita hitung dan tulis, nescaya seandai kesemua air lautan itu kita jadikan sebagai dakwat pasti dan pasti tidak akan cukup.Udara yang kita hirup setiap saat ini, tidak pernah Allah pinta untuk kita bayarkan. Allah hanya pinta kita untuk taat dan syukur kepadanya. Dalam al-Quran ada menyebut, sesiapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, maka Allah akan menambah nikmat ke atas mereka dan sesiapa yang tidak bersyukur ingatlah azab Allah amat pedih. Dalam berbagai  nikmat yang kita terima ini, jangan lupa kepada nikmat yang utama telah Allah beri kepada kita, nikmat iman dan islam. Ada yang diluar sana yang tidak percaya dengan wujudnya Tuhan dan agama. MasyaAllah. 



                  Sedarkah  kita pada hari ini, adakah kita pernah menangis dihadapan Allah, untuk memohon nikmat ini. Tidak pula kita bersusah payah, merayu-rayu membuat pengorbanan yang besar bagi mendapatkan itu semua. Jika diimbas kepada kisah silam, keluar sahaja  saya dari rahim ibu..terus menguek..menangis teresak2..tetapi tangisan itu bukan kerna ingin memohon nikmat tadi pada Allah..

               
                  Mari kita cuba hayati dan dengar kisah2 para sahabat r.a, bagaimana mereka mujahadah, membuat pengorbanan demi mendapatkan agama dan mengekalkan iman dalam diri mereka. semata-mata kerna Allah SWT. Bilal bin Rabah r.a misalnya, tatkala siangnya di panggang di panas yg terik, malamnya dihempap oleh batu, namun yang terkeluar di mulut tetap Allahu ahad!! Sumaiyah pula dihunus oleh tombak yang tajam, ahli keluarganya dicampak dalam air yg panas dihadapannya. Tetapi  iman mereka sedetik pun tidak pernah goyah. Bayangkan saudara dan saudari sekalian, apa agaknya keadaan kita jika berada dalam keadaan seperti itu. mampukah kita menaggungnya. Saudara saudari "Fikirlah sendiri". Di dalam keadaan serba serbi yang selesa ini pun sering kali iman kita digoncang, sehingga terkadang kita tidak sedar iman kita tercabut. Selimut dan kelopak mata yang ringan itu pun kita tidak mampu nak angkat dan buka, apatah saat diuji seperti mereka semua. 


               Iman kita PERCUMA. Islam kita PERCUMA. Syukurlah kita dapat mewarisi dengan percuma. Allah mengasihi kita kerna memberi kita dua nikmat ini sejak dari lahir serta tidak perlu membuat pengorbanan yang sehebat dengan sahabat r.a. Alhamdulillah. Iman tanpa islam(agama) tidak akan jadi sempurna dan islam tanpa iman nescaya menjadi rapuh. Betapa kedua-duanya amat penting dalam kehidupan kita.

                 Sebagai manusia, kita perlulah hidup beragama(islam) bagi meletakkan kepercayaan(iman) kita. Agama sangatpenting bagi manusia. Ulama ada mengatakan bahawa manusia dan agama ini ibarat garam dan rasa masin. Mudahkan. Ada garam pasti ada rasa masin. Kalau masin pasti adanya garam. X pernah pula dengar garam tawar. ada tak kita jumpa garam yang rasa dia pedas. Garam sudah sinonim dengan rasa garamnya. Orang akan panggil garam bila ia rasa masin.  Kita lihat pula ikan di dalam sungai, atau laut atau akuarium atau dimana sahaja. pasti ia mampu hidup dengan baik sekali. Jika hari ini semua ikan2 di dunia membuat keputusan untuk hidup di darat atau terbang di udara. apa yang jadi? pasti dan pasti ikan akan mati. ikan hanya boleh hidup di air, Bila ada air pasti ia akan berjaya hidup.Kerna fitrahnya Allah ciota untuk hidu di air.

Begitu juga kehidupan manusia. Manusia akan berjaya bila dia hidup di dalam agama. agama apa? Agama Islam yang hak. tanpa agama islam dia tidak akan berjaya. tidak kira siapa dia. apa yang dikatakan dengan kejayaan. Berjaya itu bukan pada lulusnya dia melalui pepEriksaan  di IPG, buka bila memiliki gaji besar, bukan apabila dapat gelaran Dato', Dr falsafah. Profesor,memiliki kereta besar rumah besar. tetapi kejayaan yang sebenar apabila kita dapat menjawab soalan malaikat di dalam kubur, dapat memasuki syurga Allah SWT. Ini lah erti kejayaan yang sebenarnya.!!

ayuh kita sama2 renungkan. saya coretkan ini bukan untuk mengajar.saya bukannya ustaz.saya tiada kelayakan sebagai ustaz.ilmu kurang. tetapi sekadar untuk berkongsi dan berpesan untuk diri sendiri dan menunaikan hak ke atas rakan seakidah. Ini semua takdir Allah. jadi syukur kepadanya.