Wednesday, November 30, 2011

Alhamdulillah...
Tahun baru..orang pon mesti baru..tapi macam still lame je..hehehe..
sedih kalau terimbau kenangan yg pernah terlukis ni..huhu
seterok bebeno..syukur la sekarang bole la ubah diri ni hah ckit2..cam sedeyh je..

I'm still seek 4 da truth..
hmm..gelap gelita..
kelam malam ni..
gelap lagi hati ni..
kelam lagi jiwa ni..
tahu bezakan hak dan batil..tp kenapa yg x baik jgk dipilih..cam sedeyh je..
bukan xnampak jalan yang benar..luas terbentang depan mata..bukan tidak diberi peluang..
tiap detik,
      tiap nafas,
              tiap hari yg Allah bagi ni sudah cukup banyak ruang dan peluang..
setiap inci,
tiap sudut,
tiap langkah..
pergerakan diatas bumi tuhan ni....
semua tu lebih daripada cukup...cuma hati dan jiwa yg tidak cukup tarbiyah..xcukup tenang..hati yang baik lah yang dapat menilai sesuatu dengan baik...

hati ini ibarat cermin yg dihinggapi debu...
bila dipandang pasti kabur...
hati ini ibarat cahaya api dalam geluk kaca...
api di dalam marak tp x bisa menembusi segenap alam yg kelam...
sebab pada cermin tu ada demu yg x gilap..
sebab pada geluk kaca tu..jelaga hitam yg meliputi...

padahal terang benderang cahaya d hujung malam...
tangan x bisa menggapai cahaya yg kian suram..

aku harus berdiri walau lemah tulang belulang...
kerna aku tahu Islam lah tulang belakang...
Islam lah cahaya gemilang..
aku mohon rahmat bimbingan..belas kasihan dari Pencipta Alam yg Maha Pengasih lg Penyayang..
semoga aku sentiasa terpilih menikmati  Nur Hidayah..

Friday, November 4, 2011

Main Masak2 (Gulai Aserong Belulang) 

Gulai aserong ni sangatlah terkenal di Raub, Pahang. Tapi mungkin di kalangan warga Raub yang memang dah '7 keturunan' duduk raub lah kot hu2..
tapi pamili aku ada la dalam 30 tahun menetap di Raub..hehe

Bahan2:
Aserong
Kunyit
Lada kecil/cili api/cili padi
Bunga kantan - (belah dua)
Daun kesum
Buah kantan (optional ) - (tumbuk kasi pecah sahaja)
Daun cemumuk (optional ) - (disimpul tiga)
Garam kasar
Belulang (sila lihat di laman web DBP) - bagi Raubians kalau pergi pasar minggu tu orang selalu jual sekali dengan rebung dalam daun keladi, harap maklum :D
*xsemestinya belulang..korang nak masuk ayam kampung + pucuk ubi + bunga betik jantan pon mantap seyh!!^^

Cara2:
1. Tumbuk kunyit bersama garam kasar.
2. Setelah lumat, tumbuk pula lada kecil.
3. Kemudian tumbuk aserong tapi tidak perlu lumat, sekadar hancur2 sahaja.
4. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk.
5. Isikan dengan air sekadarnya(sila lebihkan air sekiranya nak banyak kuah).
6. Masukkan belulang, dan kacau supaya rata semua bahan2.
7. Letakkan periuk di atas dapur dan bolehlah mula memasak gulai tersebut. (jangan lupa pasang api, kalau tidak, sampai kiamat pun tak masak2 hu2)
8. Masukkan bunga kantan, daun kesum, buah kantan, dan daun cemumuk.
9. Biarkan mendidih, sambil2 tu cubalah rasa kuah tu. Kalau tawar atau rasa
     terlalu  pedas, sila2lah tambah garam secukup rasa.
10. Dah masak, angkat dan hidangkan.

Hidangan ini sangat enak dimakan bersama nasi putih :).

ini memang gambar sebenar!

selamat mencuba^^

gulai patin tempoyak..

akibat terlalu rindu kat umah..teringat la kat gulai patin masak tempoyak ni..
jadi ini lah resepi yg pernah aku try dulu kat umah..huhuh..selamat mencuba^^

Bahan-bahan ( Mkn utk 4 org )

  • Ikan Patin atau Baung
  • Tempoyak, dari durian baru
  • Serai 3 batang
  • Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
  • Daun Kesom 5 tangkai
  • Kunyit hidup atau serbok
  • Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
  • Garam
  • gula
  • Air 2 gelas besar.

Cara-cara

  1. Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mak saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
  2. Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.
  3. Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.
  4. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.
  5. Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya. Nak lagi sedap kena masak tepi sungai, didusun semasa musim durian! Selamat mencuba! Pasti yang paling best!!

     "cobe janga x cobe.hehe"

Thursday, November 3, 2011

betul x ni wahai wanita..?heheh

Hati seorang perempuan ni macam mana eh?
lalu aku pon sibuk la ke sana ke mari.search sana sini..yela..mna la aku ade banyak pengalaman..lepasan SPM ja ni..wakaka..nak study pasal hati perempuan..sebab tiap hari asyik belajar  kenal diri sendiri..hehe..buang tebiat budak ni kan(aku la)haha.tapi wajib la aku study pasal hati perempuan..^^

ni kes angau ni.adododododoi..layan ja..akibat teramat gembira(walau kadang2 sedih)..tapi jujur aku suka perasaan ini..mula la hati ni berbunga2..wahahaha..pandai pulak nak ambil berat kat perempuan(diaygspesel)hehe..ehem3..camni pulakkan hati wanita..tapi banyak yang xtahu..selama ini aku fikir lelaki perlu melakukan sesuatu perkara yang besar untuk perempuan untuk dorang..ah..lawak aku ni..salah langsung...ala..perempuan ni detail sangat kan..so perkara kecil 2 yg aku harus ambil berat tanpa dia perlu ingatkan aku..

okelah kita serius sikit bole?ehem3..okei..

 Sebenarnya hati seorang perempuan terlalu lembut dan mudah tersentuh. buatlah apa saja yang mampu membuat dia rasa istimewa. katalah apa saja yang mampu membuat hatinya berbunga bunga, sekelip mata dia mampu menjadi milik seorang jejaka.
dari pandangan mata yang dalam maksudnya. dari senyuman yang paling manis pernah engkau berikan, dia pasti mula terbayang dan terfikir maksud tersirat di sebalik segala perlakuan.
ambil berat. bertanya khabar. berkongsi cerita. mula bertanya tentang dirinya. masalahnya. kesihatannya. dari perbualan biasa menjadi lebih bermakna. dari seminit di telefon kepada berjam lamanya. dari satu sms menjadi dua puluh empat jam sehari. dari awak saya kepada sayang baby.
jiwa seorang wanita amat lembut. sekeras keras wanita pun tetap akan cair dengan seorang lelaki. tak kisah lah sekasar mana perilakunya. sekeras mana tindakannya. hati dan jiwanya tetap seorang wanita.

jadi x kira lah siapa dia..hati diorang ni memang sama..hmmm..macam tu pulakan...kena study lebih lagi ni..betul ke x tu?kalu x betul bagitau okei..^^
...happyreading....
Fahami hati seorang LELAKI

Lelaki oh lelaki. Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi seorang wanita itu atau tidak.  Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hatilelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.



  • Dia lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.

  • Dia lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)

  • Dia lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.

  • Dia lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.


  • Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

  • Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curuga.

  • Dia lelaki yang tiidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.




  • Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.

  • Berasa serik untuk bercinta lagi setelah di tinggalkan oleh kekasihnya tetapi sentiasa berharap kekasihnya          kembali padanya semula.

  • Apabila muncul orang ketiga, dia sanggup melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.

  • Mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.





Ayuh, kita lihat lelaki mana yang benar-benar mencintai kita sepenuh hati dan sanggup sehidup semati dengan kita hingga ke akhir hayat !
  • Dia lelaki menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

  • Dia lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

  • Dia lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

  • Dia lelaki yang sentiaa memastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia lelaki yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.

  • Dia lelaki yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

  • Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada  urusan yang penting dengannya.

  • Dia lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
Tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.

Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.



Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.

Hati seorang Lelaki..
kadang-kadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti
selembut sutera
Ah, lelaki....
jika jiwamu tulus kerna
Ilahi
pasti lurus perananmu sebagai
LELAKI !!

Tuesday, November 1, 2011

Doa jatuh cinta^^

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......dan hari ini aku telah pun jatuh cinta...kuatkanlah dan kekalkanlah rasa cinta ini kepada dia Ya Allah..dan Engkau tambahkanlah kecintaan aku padaMu saat aku mencintai dia...:)