Friday, November 4, 2011

gulai patin tempoyak..

akibat terlalu rindu kat umah..teringat la kat gulai patin masak tempoyak ni..
jadi ini lah resepi yg pernah aku try dulu kat umah..huhuh..selamat mencuba^^

Bahan-bahan ( Mkn utk 4 org )

  • Ikan Patin atau Baung
  • Tempoyak, dari durian baru
  • Serai 3 batang
  • Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
  • Daun Kesom 5 tangkai
  • Kunyit hidup atau serbok
  • Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
  • Garam
  • gula
  • Air 2 gelas besar.

Cara-cara

  1. Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mak saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
  2. Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.
  3. Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.
  4. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.
  5. Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya. Nak lagi sedap kena masak tepi sungai, didusun semasa musim durian! Selamat mencuba! Pasti yang paling best!!

     "cobe janga x cobe.hehe"

No comments:

Post a Comment