Tuesday, January 18, 2011

semoga aku merasa kemanisannya..

Assalamualaikum semua...
sebenarnya aku xde mood la kan malam ni..
dats why la aku tulis gak kt cini semata2 nak luahkan isi hati aku ne hah..
moga2 berhasil,,hehe...


pesal aku xde mood ek..kalu perempuan 2 mb la bab ade hari2 dia kan..
tapi aku ni masaklah lain,,,
masalahnya bila kita nak menegakkan yang betol ade je yg xpuas hati...tapi aku yakin kami berani kerana benaR(kerja aku n geng2 aku lani,cari penyakit)


bukan apa ni isu pasal solat la..nampak mmg hal kecik,,n aku xmo la perbesarkan hal ini..tapi alang dah macam jd besar ni aku coretkanlah kt cini sebagai pengajaran..bkn jaga tepi kain orang..tapi bab solat ni sory to says la geng kami ni amek port k...kami takot t turun plak bala..xpasal2 masuk berita..haha..


ini kes kesian la kat kawan aku ni...teeettttt!!!(dah xblh crita lebih2)
tapi lain pulak orang fhm..sian dia..tertekan...aku pun same ni..haish...
tapi aku yakin Allah 2 nak menguji keimanan dan kesabaran kami.iman kami..xberiman seorang hamba selagi dia tidak diuji(eseyh cam ustaz plak an..)


ujian ni amat berat bagi aku... mujur jgk la aku sedar ni ujian semata2..at least aku ingat kat Allah..ade hikmah ni(dalam hati ni;sabar,sabar,sabar) xcrita lagi kt geng aku..Insyallah lpas ni kot nak jmpa kengkawan..


tapi ni la sebenarnya nikmat dalam buat usaha dakwah.bukan untuk orang lain..tapi untuk perbaiki diri aku ni yg teramatlah jahil ne...hey, sabri ni baru sikit,,,kuat3..Nabi dulu lg teruk oke..!!


semoga akan terasa manisnya aku duduk dalam usaha iini,,bab kata sahabat aku tadi..xmo la bersedih,apa2 terjadi usaha dakwah ni tetap kami teruskan juga...doakan kami ;)

Rasa ini

Rasa-rasa ini
Rasa yang hadir dalam hati ini
Rasa saat ini
Dapatkah  kau rasakan debaran
                getaran
                                kebencian
                                                kemarahan
kasih
                sayang
                                cinta ini
Nah!
Pernah ku rasakan  dan sering ku rasakan
Hatta detik ini sekalipun ,
Ku rasai  mula menjalar ke pelosok jiwa ini,

Aku  tak pernah menjumpai kau ditepian pantai
Tapi aku merasai kau hadir
Hadir ketika aku bertafakur di pantai itu
Tatkala aku terpaku melihat kebesaran Penciptaku
Kerana aku tahu engkau ada di sini sejak azali
Aku tunduk malu
Terasa diriku begitu hina

Batinku  tertanya-tanya siapa sebenarnya engkau

 " Fitrah Seorang Hamba"

Saturday, January 15, 2011

Serban Nabi dan Para Sahabat

sekadar hiasan


Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)

Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.

Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kearah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S.
(Ibid)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanyakkan para Malaikat berserban”.

Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.

Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya dengan cara di mana satu ekor serbannya berjuntai di belakang dan satu lagi di depan.

Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.

Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.

Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang.
(Abu Daud m.s. 564)

Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)

Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)


******************************************************************************

Semoga aku sendiri dapat amalkan dan sampaikan...

Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Allah (sahaja yang mempunyai daya dan upaya).
::dipetik dari blog saudara azharjaafar313::video cara ikat serban

Belajar Ikat Tali Leher / Tie



Katakanlah awek korang hadiahkan korang tali leher sempena befday korang yang ke 25, korang mesti berasa sangat teruja kan? Aku yakin korang mesti teruja punya. Tapi alangkah malangnya kalau korang x reti nak ikat tali leher tu. Haha.. Tapi jangan panik, kat bawah ni aku kongsikan dengan korang beberapa skill mengikat tie. :)

KLIK gambar untuk paparan lebih besar dan jelas!
cara-ikat-tali-leher

ASCOT
ascot
BOW TIE
bow-tie
CROSS KNOT
cross-knot
FOUR IN HAND
four-in-hand
HALF WINDSOR
half-windsor
WINDSOR
windsor
PRINCE ALBERT
prince-albert
SMALL KNOT
small-knot
Selamat mencuba. Practice makes perfect!

Cuci Tandas Cuci Hati



TANDAS YG KOTOR SENANG DICUCI,TAPI,HATI YG SUCI SUKAR DICARI


Assalamua'laikum wbt...


Hey, korang2 suma..nak tau x semalam kami wat gogong royong membersihkan asrama.mangsanya, bilik ayaq,bilik mandi(dia pon kena kasi mandi)bilik basuh(dia pon kena basuh)pantri dan 2 buah bilik rekreasi.
paling bes 2 cuci tandas ramai2.dengor macam jijik je..tapi dah try 2 macam nak lagi.tapi cuci tandas ni boleh dapat sifat tau.boleh cuci hati kita ni..mmg itu lah kerja yg layak tuk aku..hehe.tp syukur lah Allah kc can jgk kat aku tok jd cikgu di masa hadapan..sungguh Maha Pemurahnya Allah..kalau Maulana2 mereka ni cuci mangkuk tandas pakai tangan..korang sanggup???ni lah sifat yg ada pada mereka..baguskan ingat khidmat sedikit pon xmemerlukan kita,tapi kita yg perlukan khidmat..perlu berkhidmat..ok


SEKITAR KEMERIAHAN MENCUCI TANDAS DAN KAWASAN2 YG SEWAKTU DENGANNYA




senget la kepala korang..hehe


ketua kebersihan blok menunjukkan contoh melalui tauladan,,aiseh






  
SU yg sibuk snap picture untuk laporan..haha
sebelum dicuci
ni dah kena sental dah ramai2



berbakat x jadi cleaner?


adedei..sakit sikit pinggang lepas 2.tapi takpe,demi kebersihan dan keselesaan bersama kami sanggup buat kerja ni.bukan hari2

jadi mana2 nampak tandas korang 2 kotor eloklah dicuci.hahaselamat mencuba!!

Potong...potong..potong...

Syukur lagi dan lagi dengan taufiq dan hidayah Allah swt,aku hamba yg lemah ni dipilih untuk solat subuh d surau anNur td. solat isya secara berjemaah seumpama beribadah separuh daripada malam dan solat subuh secara berjemaah seumpama beribadah penuh satu malam. selesai je berdoa, kami diberi sedikit ilmu tentang potong kuku cara Nabi SAWSubhanallah!!sebelum ni xtahu pun..aku jahil :)

Dengar macam simple je kan..x ke g2?
kita silap...sama sekali silap.perkara camnilah sebenarnya kesannya besar.xpercaya ada suatu kisah pasal potong kuku ni; Ada seorang muslim ni di sebuah negara Eropah,dia memotong kuku di dalam keretapi.kebetulan pulak ada non muslim duduk sebelah dia. si non muslim td pon hairan melihat cara si muslim memotong kuku.lalu dia bertanya kenapa kamu potong kuku macam 2.si muslim tadi menjawab.ini cara Nabi kami ajar.lalu dia pon hairan bagaimana perkara kecil macam 2 pun Nabi kita nak ajar.dengan asbab peristiwwa tu dia telah memeluk agama islam.Subhanallah!nampak x?perkara kecil boleh bagi kesan ke seluruh alam.itulah cara Nabi SAW.Baginda mengajar kita cara pelbagai cara daripada kita tidur,pas2 bangun n sampai tidur semula.inilah kehidupan Nabi.Pelbagai kehidupan didunia ni,Namun kehidupan Nabi yg Allah SWT suka.

ni lah step yg perlu kita ikut...heeehe

                                   Jom kita belajar camna cara Nabi SAW memotong kuku:




1.kalau memotong kuku jari tangan,bermula dari kanan,mula jari telunjuk sampai jari anak.(jari ibu biar dulu)
2. pas 2 tangan kiri mula dari jari anak sampai jari ibu, lepas 2 baru lah jari ibu sebelah kanan tadi dipotong
*telitikan Islam?daripada perkara kecil hingga sebesar2nya pun diajar.inilah namanya kehidupan yg bertamadun.
Nak potong kuku biarlah seminggu sekali.pas 2 pulak ada hari2 tertentu.xboleh main bedal2 je.xsilap hari Isnin,Khamis dan Jumaat. jangan pula potong kuku semasa berhadas besar.nanti kita dah mati pon masih kena tuntut lagi tang kuku 2..biarlah mandi berhadas dulu...ok.

cukuplah setakat 2 yg aku tahu.insyallah harap yg baca 2 kongsi2 lah ilmu ni walau sedikit k :)banyak lg sebenarnya yg aku belajar pasal sunnah Nabi ni.Insyallah akan dikongsikan dalam entry aku yg akan dtg ok..tapi kalau nak tahu lagi dan lagi..mari kita azam untuk keluar 4bulan,40hari,3hari!!


selawat ke atas junjungan mulia Nabi SAW, para sahabat dan keluarga baginda.

*KEBERSIHAN ITU ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN*
                                                      
                                                                      *RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL*

Thursday, January 13, 2011

HAAH LA..SAME WEH..!!!

assalamua'laikum..
entry aku di hari Jumaat yg berbahagia ni pasal 1 kesah lucu (tp masuk akal la)yg aku dapat masa aku ikut satu kem ni kat Kulim Kedah..memang sempoi la...haha..okeyh boleh saya mulakan?

         Al kesah tersebut la satu kesah..kesah orang lamo2. Ada la satu pasangan ni telah melangsungkan perkahwinan..  
tara....!!(sekadar hiasan)
Gembira gila la masa tu kan. Kalau aku melompat-lompat dah atas pelamin tu(terserlah kegatalan)haha. Malangnya, tahun demi tahun melayari bahtera perkahwinan, masa berlalu begitu sahaja tanpa ada cahaya mata buat pasangan tadi. Sedih weh kalau aku. Hari-hari kot mereka berdoa supaya dikurniakan anak yang comel2 macam aku ni ha(minx puji)haha

Tik tok tik tok....masa pun berlalu lagi dan lagi. sudah 8 tahun mereka berusaha. Nah! berita gembira buat pasangan tadi, si isteri dah mengandung 2 bulan. ;))..syukur la sangat2 kan..cukup je 9 bulan 10 hari..meletop la air ketuban 2 hah....ape lagi kelam kabut la si suami ni hah p cari bidan. Lepas 2 kira cincai2 la(malas nak taip), si isteri pun selamat melahirkan anak 2. Bayi yg comel cam aku tadi 2 pon diazankan sebab dia lelaki..hehe.tengah2 dok sedap azan guna irama padang pasir..tetibe...uwekkkkk!!!!keluar sorang lagi!subhanallah!!
alolo cutenya...;))

dah selesai semua 2 kan..Alhamdulillah la..dapat juga cahaya mata dia orang ni. Sungguh Allah Maha Pemurahkan kawan2..??Dua sekali keluar.
tapi timbul lagi satu masalah..hadoyai..Pasangan ni tadi nak bagi nama anaknya mesti sama.tapi mana boleh.nanti kat surat beranak dengan IC sama la 2 kan...jadi pergilah mereka berjumpa dengan seorang pakcik ni yg tinggal kt sebelah umah dorang 2...dah tua dah..dalam 70an.mereka pon tanya pakcik 2.
"Pak cik saya nak isi nama dua orang anak lelaki saya ni sama,tapi pakcik pon tahukan..xboleh.Pakcik tahu x nama apa yang sesuai"?
jawab Pakcik 2,"Apa pulak xboleh.hang bagi satu nama Arshad satu lagi nama arifin.Insyallah sama."
Lelaki 2 dengan muka selamber terima je bulat2 n blah dari situ...ni yang menarik ni...
pas2 kan masa petang 2 kan..si isteri ni nak pegi la bilik air.dia pon suruh suami dy jaga anak tu kejap.
"bang,tolong jaga pen dan cat ne kejap,sayang nak pegi tandas..
nah!!terlintas la kat kepala otak suami ni..PAINT  DAN CAT 2 kan sama..

Ha!!bijak x Pakcik tadi 2..hebatkan..So,kesimpulannya hormatilah yang tua dan sayangilah yg muda Ok!!
(cerita ni dah diubah suai daripada cerita asal mengikut kreativiti aku yg xseberapa kreatif ni ha)

Wednesday, January 12, 2011

hohoi

 buahcempedakdiluarpagar
amekgalahtolongjolokkan
sayabudakbarubelajar
kalausalahtolongtunjukkan...hehehehe...