Thursday, December 19, 2013

hobi baru

Ni cerita apa pulakkan…dah lama x coret sana dan coret sini..haha..welcome back to myself. Orang lain sibuk pasal isu itu isu ini.naik itu dan naik ini.kesah juga aku. Tapi nak dijadikan cerita dalam sibuk dengan isu2 negara tu. Aku pun menyibukkan diri dengan hobi baru.bukan apa..dah lama dah minat dengan benda ni..Cuma kali ni nak buat dia jadi hobi.

Hobi baru ni adalah jadi penulis lirik.macam tak boleh blah je kan hobi kau ni kan bro.haha..xdelah sebenarnye memanglah xde bakat.tapi orang cakap apa salah mencubakan..hobi tu boleh jadi minat yg lebih dalam suatu hari nanti(kes nak cuba motivate diri sendiri).

So sekarang nak la mencari-cari lubang mana yang ada. Nak cuba2 nasib juga bagi kt mana2 org yang bole kompos lagu.sebab nak kompos lagu yng ada kualiti tu mmg xbrapa byk kmahiran..kalau lah ada sifu yng nak ajar oke jugak kan..so buat lirik n melodi sikit..bagi dorang yang kompos susunan muzik tu.

Sebenarnya hobi nak tulis lirik ni bukanlah nak ape sangat.yela..ni medium aku pilih untuk berkongsi cerita.kali ni buatlah kelainan sikit dalam bentuk lagu. Ala..lirik tu semuanya berkisar tentang kehidupan je tentang pengalaman hidup sendiri dan cerita yang dikongsikan oleh teman.

So daripada buat kerja xberfaedah.aku rsa ini salah satu hobi yang boleh mengasah bakat yang tumpul jadi lebih tajam..haha..xpelah..biar bermula daripada zero dan tambah nilai sikit2 mana yang boleh celupkan..hehe..harap yang terbaca entry kali ni doa2 lahsekali..hehe.ntah xtaw nak tulis apa dah ni kan..banyak mengarut je nanti.


Okay,lastly, nasihat buat diri dan teman2 di luar,jaga diri hiasi peribadi.biar kita ni jahat.tapi jangan lupa Tuhan oke.bila ingat tuhan nanti lama2 kita akan tinggal yg jahat tu in shaa Allah..enjoy holiday.cuti2 Malaysia.

Wednesday, October 23, 2013

aku masih cinta dia..tapi sebesar mana pun usaha aku buat..dia buat xpeduli..the power of ignore..sedih..sedih..sedih..

Monday, May 13, 2013

Speechless

Kasih Tuhan tiada pernah putus dan tiada tolok bandingnya...kita hambanya lah yang berlari jauh dari Dia.. sedang Dian sering berada disisi kita tanpa di sedari...
#speechless#

Thursday, March 21, 2013

Hanya mampu....

                                 
                                      sekian.

Wednesday, March 20, 2013

Saturday, March 9, 2013

Bertahanlah

Bertahanlah merupakan sebuah lagi ciptaan lagu yang baru di komposkan pada hari ini..bosankan duduk kat bilik je..nak siapkan tugasan masih tiada mood..jadi inilah kerjanya..pernah x kita rasa kita terhimpit atau rasa lemas dalam sesuatu keadaan..terutamanya dalam sebuah perhubungan..mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang lebih dalam hal ini..sy tidak lah banyak..cuma berkongsi rasa,idea, dan apa yang terfikir selama ini...apabila terfikir kan situasi2 sebeginilah mencetuskan ilham untuk buat lagu 'bertahanlah'...lirik xseberapa..melodi pun pun xlah juga baik..tapi boleh la cincai2..untuk diri sendiri...

Bertahanlah

*Pernahkah kau terfikir
cinta yang kita bina ini
takkan kekal

Andainya kau tak pernah
cuba untuk pertahankannya
biarkan saja

Bagaimana harusku lakukan
sedang aku sering kau abaikan
pernah juga aku menjelaskan
kau pergi jua meninggalkan
diriku sendiri

ulang*

Namun bagiku kau cukup berharga
terukir dan memori pun tercipta
 andai engkau pun tidak lagi cinta
bertahanlah..bertahanlah..bertahanlah...
ku tahan saja....

simple tapi ini untuk kamu

Apa yang simple tu?

Sebenarnya, ini adalah sebuah lagu yang pernah saya cipta beberapa ketika dulu untuk buah hati yang juga sahabat yang juga pembakar semangat ^^,Banyak juga perkara yang dikongsi bersama,maka xhairanlah saya serba sedikit tahu kisah hidupnya...ya..dia banyak mengajar saya erti kejujuran..kepercayaan..kesetiaan..:)..jadi saya selalu mahu gembirakan dia..oleh sebab manusiakan banyak kelamahan..kadang2 kita xsedar kita membuat sesuatu yang tidak baik walaupun kita rasa ianya baik..sebabnya..xperasan bahawa matlamat kita telah menghalalkan cara..
oke pendekkan cerita..sebabkan semangat yg berkobar2..saya ciptakan lagu ini untuk dia..tp xbagi tahu dia pun..hehe..minta maaf ya lirik xbagus mana pun...moga mesej tu sampai..

* Hey gadis, dengar lagu ini,
ku coret untukmu 
buatmu dengarlah..


Kau senyum tersimpul malu,
bila mendekatimu
 seakan ada getar itu..

Namun kau cuba menafikan rasa,
sebenarnya itu cinta,
kau jatuh cinta..
c/o  Tapi ku tahu kau berduka
kerna masih ada calarnya
tapi tak mengapa

kernaku disini tetap ada,
ingin membuat kau tertawa
moga kau selalu bahagia
ulang *


lagu/lirik: dhiamso

Saturday, March 2, 2013

Subhanallah

bila terbaca artikel tentang Sains dalam Al-Quran..terasa kebesara Allah...Sains tanpa Al-Quran sesat..jum baca artikel kt url ni..

http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/69-the-power-of-quran-healing

Sekadar menguji kita...

ya...bila terfikir..ad hikmah..
bila direnung baru sedar iman terpesong..situasi yang agak tegang beginilah mengajar kita..terutama buat diri..di tahap mana kebergantungan kita letakkan pd Allah..

ujian datang menjentik membuat hati terdetik..agar hati berbalik pada Sang Khalik..
ya..begitulah bunyinya...

ya..sememangnya manusia selalu harus dijentik..ibarat pahat dan penukul..

banyak khabar berita...membawa rasa hiba..membuat jiwa derita...tetapi harus saya pesan pada diri selagi mana kita bergantung pada Allah..In Shaa Allah..everything is gonna be okay :)

Husnuzon,
sangka baik kita pada Dia..semua ada hikmah..kita tidak punya senjata yn canggih..tapi kita punya senjata paling berkesan...DOa...

#keep calm, keep praying#

Wednesday, February 27, 2013

Allah is the best :)


Kabulkan

Wahai Allah,
kesabaran ku teruji lagi..
teruji dengan pelbagai perkara yang membuatkan lautan jiwa ku berkocak...
membuatkan fikiran ku, akal ku..terasa amat berat seperti dihempap bukit-bukau..
mungkinkah ini adalah tarbiyah buat diri ku ini..
yang acap lalai..alpa dalam mengejar keduniaan..??

Wahai Allah...kurniakan aku ketabahan..kesabaran..
Aku tidak mahu jiwa tenang ini berkocak lagi...

Dakaplah aku dengan kasih sayangMu..
Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu..

Wahai Allah...
jika hari ini aku menghitung semua butiran pasir yang ada di dunia ini..aku yakin dan pasti bahawa tidak dapat ia menandingi banyaknya dosa ku....

Wahai Allah..
Aku perlukan keredhaanMu
Aku dahagakan KasihMu..
Aku rindukan keampunanMu..
Aku impikan syurgaMu...

Hujanilah jiwa ku ini dengan titisan rahmatMu..
Sinarilah jiwa ini dengan hidayahMu...
Cambahkanlah pohon-pohon ketaqwaan dan keimanan yang hijau merendang...
Yang membuatkan jiwa tunduk...redup mata memandang...seluas saujana memandang..

Buat mereka yang berada disekeliling ku..
Engkau kurniakanlah kepada mereka sepertimana Engkau kurniakan kepadaku...
Ibu ayahku...kaum keluargaku..sahabat handaiku...para pendidikku...jiran tetanggaku...dan buat insan yang aku sayangi...Engkau kurniakanlah kepada mereka sinaran HidayahMu di dalam hati-hati mereka...

Berikan kekuatan untuk aku bangkit semula..aamin..

Tuesday, February 26, 2013

Cerita

  pssttt!! aku akan mencintai kamu seperti yang di ceritakan..biar gambar ini menceritakan segalanya <3

Kau Yang Layak

biar rasa perit ini menceritakan segala-gala..sering Tuhan uji diri dengan rasa sakit..apalah jika dibandingkan dengan segala nikmat yg telah Dia beri.. Aku coret lembaran maya ini, bukan untuk merungut tentang kehidupan yg Engkau kurniakan..Aku belajar menghargai apa yg dimiliki..berbanding insan lain yg banyak lagi ujian, pahit getir...ini lah mehnah dan tribulasi kehidupan...Ku pinjam masa beberapa saat ini untuk memanjat syukur melalui lidahku..Terima Kasih Allah.. (:

Kau yang layak wahai Allah..layak menerima segala pujian...semuanya untuk Mu..Jalan yg Kau tunjuk lebih baik daripada jalan yg aku ingin pilih..walaupun terasa sakit..lebih indah..cuma aku harap aku punya kesabaran dalam  menunggu masa yang sesuai..dan bersabar dengan apa sahaja yg ingin Kau tunjuki...bawalah aku ke mana saja Wahai Allah yg mengetahui segala-gala yg terbaik untuk hambaMu...

#ya beginilah kehidupan# ^^~