Friday, November 4, 2011

Main Masak2 (Gulai Aserong Belulang) 

Gulai aserong ni sangatlah terkenal di Raub, Pahang. Tapi mungkin di kalangan warga Raub yang memang dah '7 keturunan' duduk raub lah kot hu2..
tapi pamili aku ada la dalam 30 tahun menetap di Raub..hehe

Bahan2:
Aserong
Kunyit
Lada kecil/cili api/cili padi
Bunga kantan - (belah dua)
Daun kesum
Buah kantan (optional ) - (tumbuk kasi pecah sahaja)
Daun cemumuk (optional ) - (disimpul tiga)
Garam kasar
Belulang (sila lihat di laman web DBP) - bagi Raubians kalau pergi pasar minggu tu orang selalu jual sekali dengan rebung dalam daun keladi, harap maklum :D
*xsemestinya belulang..korang nak masuk ayam kampung + pucuk ubi + bunga betik jantan pon mantap seyh!!^^

Cara2:
1. Tumbuk kunyit bersama garam kasar.
2. Setelah lumat, tumbuk pula lada kecil.
3. Kemudian tumbuk aserong tapi tidak perlu lumat, sekadar hancur2 sahaja.
4. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk.
5. Isikan dengan air sekadarnya(sila lebihkan air sekiranya nak banyak kuah).
6. Masukkan belulang, dan kacau supaya rata semua bahan2.
7. Letakkan periuk di atas dapur dan bolehlah mula memasak gulai tersebut. (jangan lupa pasang api, kalau tidak, sampai kiamat pun tak masak2 hu2)
8. Masukkan bunga kantan, daun kesum, buah kantan, dan daun cemumuk.
9. Biarkan mendidih, sambil2 tu cubalah rasa kuah tu. Kalau tawar atau rasa
     terlalu  pedas, sila2lah tambah garam secukup rasa.
10. Dah masak, angkat dan hidangkan.

Hidangan ini sangat enak dimakan bersama nasi putih :).

ini memang gambar sebenar!

selamat mencuba^^

2 comments: