Wednesday, February 27, 2013

Allah is the best :)


Kabulkan

Wahai Allah,
kesabaran ku teruji lagi..
teruji dengan pelbagai perkara yang membuatkan lautan jiwa ku berkocak...
membuatkan fikiran ku, akal ku..terasa amat berat seperti dihempap bukit-bukau..
mungkinkah ini adalah tarbiyah buat diri ku ini..
yang acap lalai..alpa dalam mengejar keduniaan..??

Wahai Allah...kurniakan aku ketabahan..kesabaran..
Aku tidak mahu jiwa tenang ini berkocak lagi...

Dakaplah aku dengan kasih sayangMu..
Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu..

Wahai Allah...
jika hari ini aku menghitung semua butiran pasir yang ada di dunia ini..aku yakin dan pasti bahawa tidak dapat ia menandingi banyaknya dosa ku....

Wahai Allah..
Aku perlukan keredhaanMu
Aku dahagakan KasihMu..
Aku rindukan keampunanMu..
Aku impikan syurgaMu...

Hujanilah jiwa ku ini dengan titisan rahmatMu..
Sinarilah jiwa ini dengan hidayahMu...
Cambahkanlah pohon-pohon ketaqwaan dan keimanan yang hijau merendang...
Yang membuatkan jiwa tunduk...redup mata memandang...seluas saujana memandang..

Buat mereka yang berada disekeliling ku..
Engkau kurniakanlah kepada mereka sepertimana Engkau kurniakan kepadaku...
Ibu ayahku...kaum keluargaku..sahabat handaiku...para pendidikku...jiran tetanggaku...dan buat insan yang aku sayangi...Engkau kurniakanlah kepada mereka sinaran HidayahMu di dalam hati-hati mereka...

Berikan kekuatan untuk aku bangkit semula..aamin..

Tuesday, February 26, 2013

Cerita

  pssttt!! aku akan mencintai kamu seperti yang di ceritakan..biar gambar ini menceritakan segalanya <3

Kau Yang Layak

biar rasa perit ini menceritakan segala-gala..sering Tuhan uji diri dengan rasa sakit..apalah jika dibandingkan dengan segala nikmat yg telah Dia beri.. Aku coret lembaran maya ini, bukan untuk merungut tentang kehidupan yg Engkau kurniakan..Aku belajar menghargai apa yg dimiliki..berbanding insan lain yg banyak lagi ujian, pahit getir...ini lah mehnah dan tribulasi kehidupan...Ku pinjam masa beberapa saat ini untuk memanjat syukur melalui lidahku..Terima Kasih Allah.. (:

Kau yang layak wahai Allah..layak menerima segala pujian...semuanya untuk Mu..Jalan yg Kau tunjuk lebih baik daripada jalan yg aku ingin pilih..walaupun terasa sakit..lebih indah..cuma aku harap aku punya kesabaran dalam  menunggu masa yang sesuai..dan bersabar dengan apa sahaja yg ingin Kau tunjuki...bawalah aku ke mana saja Wahai Allah yg mengetahui segala-gala yg terbaik untuk hambaMu...

#ya beginilah kehidupan# ^^~

Sunday, December 16, 2012

Laman sesawang

Laman ini realitinya memang sudah bersawang...lama kiranya tidak diketuk..sudah berhabuk rupanya...bukankah seronok andai kata blog aku ni boleh di update sendiri..upgrade sendiri..decorate sendiri graphic user interface dia ni..secara automatik,,WOW..(berangan)..                    Lama tak mencoret-coret kat sini.mungkin tahun 2012 ni banyak diam..xda ape nak diceritakan sangat sebenarnya..xpala..mungkin akan ada menyusul bberapa cerita untuk musim cuti yg kurang indah belaka ni..tp seronok lah juga..ok done!kbye!!


Friday, January 20, 2012

Mentari

Andai mentari bisa mengukir kata pasti bergegar dunia; "Jadilah seperti aku sentiasa memberi manfaat kepada seluruh manusia. Hai insan, aku tidak terluka sekalipun kalian membenciku hanya kerana aku makhluk Allah yang sangat panas."

Rabiatul Adawiyah


Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:

Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMu
supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripadaMu


Cantikkan ayat dia ni


" Biar waktu yang akan membuktikan …….
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap titisan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan …….
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Redha Sang Khalik adalah tujuannya. "
" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)