Wednesday, October 26, 2011

hidup ini UJIAn

kalau sebut pasal ujian..semua gelabah kan?hehe..aku la tu..belum lagi kalau ada peperiksaan besar..final exam..mak aih xserupa orang dah jadiknya..buntut ni mcm ada bisul..xboleh nak duduk..hehe..muqaddimah ja ni..hehe

itulah sebut pasal ujian ini...kita ni dalam sebuah masa..perjalanan yang panjang..di alam roh dalam rahim ibu..keluar ke dunia(sekarang) lepas tu alam barzakh...kemudian, padang masyar..seterusnya setelah dihitung amaln..tinggallah selaman2nya kita dlam negeri abadi syurga atau neraka..

hari ini ramai manusia lupa.(aku la tu yg slalu lupa).bahawa hidup ini ujian...dunia ni persinggahan sementara...pejam celik..pejam celik..dah xcelik2 dah...

Allah jadikan makhluk ni pelbagai...ada yang dijadikan watak sedih..ada yang gembira..ada orng kaya..ada orang miskin..macam2 la dipendekkan cerita...tp yang kekal selama2nya..Maha Pencipta!! syurga dan neraka..sebagai ganjaran dan balasan untuk makhluknya..

jadi xsalah kalau kita saling ingat mengingatkan sesama kita kan..?hehe
sedangkan sebatang pen yang kita slalu guna..baju kesayangan kita..wallet yg sllu diguna 2 pon boleh kita lupa..betul x?ini pula, tentang perkara ghaib spt dosa,pahala,syurga,neraka..lagi la slalu lupa...:)

terjatuh..adooooiii..

Alhamdulillah..lama dah xmasuk teratak aku nih...hehehehe..ada srang labah2 sudah ni..haha...sibuk dengan dunia..akhirat jgn lupa..^^


uniknya perasaan yang Allah cipta ni...kan?
indahnya perasaan yang Allah bagi ni...kan?
hebatnya kuasa cinta bukan?
hebat lagi  Maha Pencipta.....!!
AllahuAkhbar!!!


falling..falling...falling....
hari ni Allah telah campakkan aku rasa berbunga2 dalam hati..
syukur lah pelbagai rasa yang telah Allah bagi aku rasa ni..cukup indah walaupun kadang perit..walaupun kadang amat indah.weehheeee...


cinta bagi aku macam sekuntum bunga mawar merah yang berduri lagi harum...
baunya harum...dilihat cantik...
tp kadang terleka dengan harum dan cantiknya sang mawar..neh!! terpegang duri..waduh2..sakit pok!!haha...


cinta,,
hari aku jatuh cinta..
bukan sengaja aku jatuh..cuma terjatuh..sory la awak....xsengaja..hahah(bikin galik)
apa2 pun...syukur dengan rasa cinta yg aku dpata hari ni...padulik la berbalas ka..ndak ka kan..hehe..syukur Allah bagi semula rasa cinta,,memumuk rasa kasih dan syng dalam hati aku ni..
dah lama aku x rasa macam ni

rasa mahu ambil berat pada seseorang..berkongsi suka duka...terima kasih..
beberapa tahun juga ego ni ak xdpat buang..syukur la...hari ni tewas juga ego aku..
terima kasih awak...terima kasih Ya Allah ^^


siapakah yang bertuah tu...aku hargai kehadirannya dalam hidup aku hari ini..walaupun kami berbeza..tp apa aku nak ckp aku sayang,aku cinta,aku kasih..aku bersyukur..semoga Allah memelihara rasa yang aku peroleh sekarang ni...


semoga dia sentiasa tahu aku selalu ada untuk dia..<3
Allah selalu ada untuk kita...
peace no war..
wa ilallikoq..maassalamah

Monday, May 30, 2011

Manusia dan Agama

 Alhamdulillah..

Syukur yg tidak terhingga kepada Allah SWT yang tidak pernah lupa memelihara dan menjaga kita. Berbagai  macam nikmat yang Dia berikan kepada kita dan jika kita hitung dan tulis, nescaya seandai kesemua air lautan itu kita jadikan sebagai dakwat pasti dan pasti tidak akan cukup.Udara yang kita hirup setiap saat ini, tidak pernah Allah pinta untuk kita bayarkan. Allah hanya pinta kita untuk taat dan syukur kepadanya. Dalam al-Quran ada menyebut, sesiapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, maka Allah akan menambah nikmat ke atas mereka dan sesiapa yang tidak bersyukur ingatlah azab Allah amat pedih. Dalam berbagai  nikmat yang kita terima ini, jangan lupa kepada nikmat yang utama telah Allah beri kepada kita, nikmat iman dan islam. Ada yang diluar sana yang tidak percaya dengan wujudnya Tuhan dan agama. MasyaAllah. 



                  Sedarkah  kita pada hari ini, adakah kita pernah menangis dihadapan Allah, untuk memohon nikmat ini. Tidak pula kita bersusah payah, merayu-rayu membuat pengorbanan yang besar bagi mendapatkan itu semua. Jika diimbas kepada kisah silam, keluar sahaja  saya dari rahim ibu..terus menguek..menangis teresak2..tetapi tangisan itu bukan kerna ingin memohon nikmat tadi pada Allah..

               
                  Mari kita cuba hayati dan dengar kisah2 para sahabat r.a, bagaimana mereka mujahadah, membuat pengorbanan demi mendapatkan agama dan mengekalkan iman dalam diri mereka. semata-mata kerna Allah SWT. Bilal bin Rabah r.a misalnya, tatkala siangnya di panggang di panas yg terik, malamnya dihempap oleh batu, namun yang terkeluar di mulut tetap Allahu ahad!! Sumaiyah pula dihunus oleh tombak yang tajam, ahli keluarganya dicampak dalam air yg panas dihadapannya. Tetapi  iman mereka sedetik pun tidak pernah goyah. Bayangkan saudara dan saudari sekalian, apa agaknya keadaan kita jika berada dalam keadaan seperti itu. mampukah kita menaggungnya. Saudara saudari "Fikirlah sendiri". Di dalam keadaan serba serbi yang selesa ini pun sering kali iman kita digoncang, sehingga terkadang kita tidak sedar iman kita tercabut. Selimut dan kelopak mata yang ringan itu pun kita tidak mampu nak angkat dan buka, apatah saat diuji seperti mereka semua. 


               Iman kita PERCUMA. Islam kita PERCUMA. Syukurlah kita dapat mewarisi dengan percuma. Allah mengasihi kita kerna memberi kita dua nikmat ini sejak dari lahir serta tidak perlu membuat pengorbanan yang sehebat dengan sahabat r.a. Alhamdulillah. Iman tanpa islam(agama) tidak akan jadi sempurna dan islam tanpa iman nescaya menjadi rapuh. Betapa kedua-duanya amat penting dalam kehidupan kita.

                 Sebagai manusia, kita perlulah hidup beragama(islam) bagi meletakkan kepercayaan(iman) kita. Agama sangatpenting bagi manusia. Ulama ada mengatakan bahawa manusia dan agama ini ibarat garam dan rasa masin. Mudahkan. Ada garam pasti ada rasa masin. Kalau masin pasti adanya garam. X pernah pula dengar garam tawar. ada tak kita jumpa garam yang rasa dia pedas. Garam sudah sinonim dengan rasa garamnya. Orang akan panggil garam bila ia rasa masin.  Kita lihat pula ikan di dalam sungai, atau laut atau akuarium atau dimana sahaja. pasti ia mampu hidup dengan baik sekali. Jika hari ini semua ikan2 di dunia membuat keputusan untuk hidup di darat atau terbang di udara. apa yang jadi? pasti dan pasti ikan akan mati. ikan hanya boleh hidup di air, Bila ada air pasti ia akan berjaya hidup.Kerna fitrahnya Allah ciota untuk hidu di air.

Begitu juga kehidupan manusia. Manusia akan berjaya bila dia hidup di dalam agama. agama apa? Agama Islam yang hak. tanpa agama islam dia tidak akan berjaya. tidak kira siapa dia. apa yang dikatakan dengan kejayaan. Berjaya itu bukan pada lulusnya dia melalui pepEriksaan  di IPG, buka bila memiliki gaji besar, bukan apabila dapat gelaran Dato', Dr falsafah. Profesor,memiliki kereta besar rumah besar. tetapi kejayaan yang sebenar apabila kita dapat menjawab soalan malaikat di dalam kubur, dapat memasuki syurga Allah SWT. Ini lah erti kejayaan yang sebenarnya.!!

ayuh kita sama2 renungkan. saya coretkan ini bukan untuk mengajar.saya bukannya ustaz.saya tiada kelayakan sebagai ustaz.ilmu kurang. tetapi sekadar untuk berkongsi dan berpesan untuk diri sendiri dan menunaikan hak ke atas rakan seakidah. Ini semua takdir Allah. jadi syukur kepadanya.

Saturday, April 30, 2011

Apa yang manusia buat sebenarnya??

saja2 suka nak crita2 kosong jelakan..cerita ni aku dengar dari bayan semalam..jadi nak kongsi jela walaupun tidak menarik pon..


nak diceritakan kisah ni..apa yang manusia buat?
 acce terai suruh manusia buat kambing..maka, mata kambing dia  nak kene oder kat new zealand,  kaki kambing nak kene oder kat jepun, kulit kambing nak kene oder kat india, telinga kambing nak kene oder kat australia..perghh jenoh aih lagu tu..sampai kiamat pon xjadi,,lu pikir la sendiri...


jadi kalau nak kambing sangat..carik la sekor kambing jantan..carik sekor kambing betina tambat la kat satu tempat yg sama.
                                            ( lebih kurang camni lah tambatnye.. >.< )


                                             dah beberapa bulan..aik?dah besar dah perut.
                                                
                                                 tunggu beberapa bulan lagi...aik?
                                        
                                               (dah keluar anak kambing...)
                                                
                                                aik?dah boleh jalan anak kambing...
                                                        
                                               aik?dah besar anak kambing...


jadi.. apa yang manusia buat?...kalau x bukan tahu "aik?" je..cikit2 aik?...2 je yang pandai..kita ni tolong tambat je kambing td 2 kat pokok..yang lain semua dalam genggaman kuasa Allah..kita rasa kita yang bela kambing tadi kc jd beso..kita rasa kita susah payah bagi kambing 2 makan..semuanya dalam pemeliharaan Allah swt..kita ni menjadi asbab shj..ingat lah Manusia tiada kuasa.Allah punya kuasa..tanpa kekuatan dan rahmat kasih sayang daripada Allah, kita x mampu buat apa2..
sekian shj disini..kalau ada kesilapan saya minta maaf dengan anda semua..minta ampun dengan Allah swt..:)

aku da balik..

akhirnya......syukur alhamdulillah Allah berikan aku taufiq untuk mengerakkan jari jemari yg halus mulus ni untuk menekan keyboard ni ha..
lama x kemaskini blog ni..bukan xberkesempatan...bukan jugak sibuk...saja2..hari la baru ade rasa nak buka n menyemakkan lagi blog aku..

boleh la jugak sembang2 kosong,,,,tapi rugi la kan kalu cakap bende2 yg lagha ni..xdpt pahale..hehe..
 jadi tanpa membuang masa..nantikanlah entry2 aku yg ntah pape lps ni ye..selamat bersua semula..:)

Wednesday, March 16, 2011

Uniknya Kejadian Buah Tamar

Absrtrak
Buah Tamar atau lebih dikenali di Malaysia sebagai buah Kurma. Buah kurma ni sinonim dengan ketibaan bulan Ramadhan. lepas2 senyap la dia. aku crita2 ni bukan sebab nak dekat dengan bulan Ramadahan,tapi tengah baca2 blog saudara ni, jumpa la pasal buah Kurma ni. menarik juga bila baca ni. jadi aku nak share2 la dgn korang semua. hehe.selalunye kita makan je an.sentap je time nak berbuka.tapi tahukah kita tentang asal usul buah Kurma ni..kalau nak tahu jom..terus bersama entry ni oke..
jom kita baca cerita ni sama2..

Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. 

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s.itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan diantara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.
 

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
 

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.  Bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan ditempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
 

"Allah s.w.t.jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."
 

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu
 jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. 

Rasulullah s.a.w.dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.



terima kasih sudi jenguk2 n baca entry ni..sekadar perkongsian:) 

ANDA KECIL HATI?

pernah x hati korang mengecil? 
akibat proses hypotonic yg cam korang blajo dlm biologi 2 hah(men hentam je).
pesal aku merepek plak an pasal hati kecik lah..beso lah..haish...
semua orang ad hati, hati manusia 2 Allah ciptakan untukNYA..
aku pun ad hati..bab2 hati ni mmg susah an..
nak jage hati Mak & Apak(wajib dah jage)..Mak + we(paling ssh jge)..kawan2 lagi an..last2 hati sendiri sakit..ahahah >.<

korang pon tahu klu kecilkan hati org ni, x elok, berdosa,, dah dose, neraka lah..
aku slalu kecikkan hati orang..Nau'zubillah la..(harap berubah)tehee*style c olak lempit
tapi baru aku tahu yg berkecil hati ni lebih berdosa daripada mngecilkan hati orang..aha..
faham x?
ke blur2 lagi?
camni...sebenarnya penghinaan itu adalah peringatan drpd Allah swt..
kenapa pulak kita dihina oleh orang 2? 
=sebabnya itu semua ujian daripada Allah swt.
Ujian tu sebenarnya hadiah drpd Allah swt kepada kita...untungkan sebenarnya kita.. :))
tapi....
kenapa Allah hadiahkan kita ujian 2 ek?
= Allah nak memperingatkan kita,sebab kita leka  dan lalai dengan dunia..
setakat 2 faham???
jadinye..bila kita berkecil hati dengan orang 2..maknanya kita dah x redha dgn ujian yg allah beri kt kita tau..kesimpulannya,kita dah kecil hati dgn Allah..bukan org yg kecilkan hati kita..oke?

jadi lepas ni..kita sama2 cuba untuk memperbaiki diri,jangan terlalu mudah utk kecil hati..kalau kecil hati juga seolah2 kita x redha dgn ujian Allah. Takut2 nanti allah x redha dgn kita..Nau'zubillah..


*harap2 kita sama2 muhasabah diri..
saya tulis ni untuk memperingatkan diri saya sendiri,kerana saya mudah lupa..sambil2 tue untuk menunaikan hak saudara2 saya..bukan tujuan mengajar..sy masih cetek ilmu..saya cerita ni untuk diri saya kerana hati dan tlinga saya lebih dekat dgn mulut saya berbanding dgn tuan2 yg mulia..


* Membaca sememangnya mudah. Memahami juga mudah. Tetapi untuk mengamalkan memerlukan seribu daya dan kemampuan.